Puisi : Cerita Sang Hati Yang Lara

Kebeningan subuh itu,
tergugat dengan tangisan seorang bayi,
melahirkan satu rasa,
Syukur ku pada Ilahi,
atas nyawa diberikan NYA.

Sejenak terpegun dalam keasyikkan itu,
kerana kisah saling bertukar ganti,
menghimpun satu kisah,
memahat satu rasa,
jiwa-jiwa yang sepi,
mula bergelora..
menghikis satu kemelut,
yang dirantai besi-besi lahar merah.

Tanpa disedari..
langkah-langkah kaki itu,
menghayun dengan deras,
mencari himpunan nanah-nanah yang membusuk,
memaut diranting-ranting berlahar hitam.

Dalam hati mereka,
mengalirkan….
satu kekuatan untuk menghancurkan,
satu jalan untuk memesongkan,
hati yang berbalam kehitaman,
empunya mereka yang tak pernah melihat keindahan.

Jika ada sinar,
pulihkan ianya untuk seketika,
jika ada kekuatan,
hubungkan aku dengan MU ya Allah,
agar tidak goyah diri ini,
dengan keutuhan imanku bagi menghadapinya,
Kerana aku tahu, aku insan yang lemah,
kerdil di muka bumi MU ini ya Allah.
Tabahkan hatiku di atas jalanku pilih,
agar tiada rasa sakit di kemudian hari.

sayang, mesra & ceria selalu.

No comments: