Kehidupan kita..


Tahun baru 2013 ,dunia sekarang sememangnya Maju dari segala bentuk,teknologi dan lain-lain. Tapi kita perlu tahu juga Dunia ini hanya sementara, Dunia Akhirat juga kita perlu Kejar dan Kuatkan, jangan pernah kita lupakan semua itu. Walaupun macam-macam kita mencipta AZAM BARU ,ada yang tercapai ada yang tidak tercapai, kehidupan itu perlu kita lakukan seperti biasa dan tak salah untuk kita mengejar apa yang kita nak capai tapi kita jangan lupa pada Tuhan yang Maha-Esa untuk melaksanakan perintahNya. Doa untuk kita ,untuk semua dan segalanya di Muka Bumi ini. Jangan kita terlalu mengejar populariti dan menjanjung pada orang yang TERKENAL, Sanjung lar Nabi kita dan Tuhan yang Satu.


MERDEKA! 31/8/13
Merdeka apa ertinya bagi kawan-kawan, Merdeka bagi kita kerana kita telah bebas dari jajahan orang luar, tetapi kita hanya tahu MERDEKA, kita tidak pernah tahu siapa yang mempertahankan Malaya (nama sebelum MALAYSIA) ,jangan kita pernah lalai dengan kesenangan di muka bumi ini. Pernah kah kita tahu semua yang pernah kita lalui pada zaman dahulu? ,kita hanya tahu SEJARAH hidup di muka bumi ini. Kawan-kawan nak ke NEGARA kita ini di jajah oleh Orang Luar? duduk di bawah jajahan Mereka, ikut perintah Mereka? ,pernah kah kawan-kawan fikir masa depan NEGARA atau pun MASA DEPAN kawan-kawan? Kita perlu sedar bahawa Malaysia Negara ke-lapan yang terAMAN. Terpulang pada kawan-kawan untuk memikirkan masa depan NEGARA dan MASA DEPAN kawan-kawan. Saya hanya mengingatkan untuk kawan-kawan.

#Ini hidupan sementara Akhirat Kelak Tempat Kita. 


Memahami Bukan Di Fahami


Kita sendiri belum tentu tahu apa yang akan berlaku pada keesokan harinya.. 

Tentang diri aku yang tak pernah siapa tahu melainkan aku yang memberitahu sendiri kepada insan yang rapat atau pun kepada keluarga aku. Setiap manusia ada masalah sendiri, tapi sama ada besar atau kecil masalah mereka kita tidak tahu. tiada manusia yang sempurna dalam hidupnya melainkan dia tahu apa erti KESEMPURNAAN itu, dalam hidup ini kita harus bersikap lebih positif kerana itu lebih membantu kita untuk jadi lebih baik ,jangan terlalu memburuk sangka pada orang lain. dan setiap apa yang kita lakukan itu mungkin bersebab, tiada apa yang mustahil dalam hidup ini. Jika seseorang itu mempunyai kisah silam yang amat teruk mahu pun yang gelap, belum tentu masa depan dia gelap, dengan caru berusaha dan keyakinan diri kita mungkin akan berjaya suatu hari nanti, lambat atau cepat itu ketentuan dari yang Maha Esa. Kita hanya mampu bertawakal untuk diri kita sendiri. Cinta, dugaan, kesakitan mengajar kita erti kehidupan yang lebih baik untuk diri kita sendiri. terlalu banyak yang kita lalui, tetapi jangan mudah untuk kita mengalah untuk membangkitkan diri menjadi lebih baik daripada yang dulu. Gelak tawa ,senyum mesra itu semua ada kebaikannya tersendiri kadang-kadang apa yang kita laluinya itu semua kehidupan kita yang rasa bahagia bersama orang yang tersayang mahu pun keluarga, itu menjadi lebih baik bila kita bersama mereka.
Apa matlamat hidup korang semua..
Apa yang kita kejar sebenarnya..
Apa yang kita mencari sebenarnya..
Apa yang kita buat sebenarnya..
kita sendiri tidak tahu apa yang akan berlalu pada masa seterusnya, sebab itu ketentuanNya kita hanya menjalani kehidupan yang diberi olehNya. Bersyukur lar pada apa yang kita pernah memiliki dan apa yang kita pernah hadapi dalam hidup. hidup ini jangan terlalu bongkak apa yang kita pernah ada, kerana itu bukan milik kita selamanya, Dia hanya meminjamkan kepada kita hanya seketika. Dunia yang maju sekarang ini belum tentu amal ibadat kita cukup untuk yang Maha Esa. Saya hanya mengingati kepada kawan-kawan, tak salah untuk saya melakukan semua ini kerana saya juga insan yang lemah, tidak sempurna dan fikirlah apa yang akan berlaku pada diri kita selama ini. =')

#Untuk Disember 2012 ini sampai disini sahaja saya mampu meluahkan apa yang tersirat dalam hati dan kehidupan ini, jika ada tersilap tutur kata maafkan lar saya dan jika ada umur yang panjang saya akan tulis lagi apa yang pernah kita semua lalui.. 
Jangan membenci seseorang tanpa sebab, itu akan memakan diri kita sendiri.
*cuba memahami bukan di fahami.. =') 

Di Sebalik Wajah Tersimpan Seribu Kelukaan


Di SeBalik Wajah Tersimpan Seribu Kelukaan
Kenapa aku perlu kan dia untuk semua ini. setiap kali aku bersama dia aku rasa aku tak pernah ada untuk dia, dia seakan-akan membuat aku seperti boneka yang tidak punya hati, sedanngkan aku perlukan dia, perlukan kasih sayang dia. Dia membuat aku seperti tidak memandang pada gadis lain, setiap kali aku pandang dia akan marah aku, tapi bila di tanya dia buat tak tahu "mana ada orang marah, tengok lar dia tu,kan cantik.. Saya tak cantik'' aku memujuk dia tapi dia tidak pernah endah kan. Sedangkan, aku inginkan dia yang memujuk aku yang perlukan kasih sayang daripada dia. aku pernah terfikir untuk berdiam diri dan tidak lagi muncul dalam hidup nya, di sebalik wajah ada yang tersirat di hati tapi tidak terluah dengan perkataan, aku mahu dia tahu yang aku ingin mencintainya dan memerlukannya. Betul kata MakAyah aku tak perlu kita mengejar cinta, biar cinta itu datangnya sendiri kerana itu lebih kekal daripada yang mencari, makcik aku pun pernah berkata "lelaki tak susah cari pasangan ada ja yang datang mencari bila kita sudah berjaya kelak" itu semua akan aku menjadikan pengajaraan dalam hidup aku,  dan aku hanya perlu berdoa dan memperbaiki hidup aku tanpa cinta. Kerana Cinta semua akan mencari kucar-kacir bila timbulnya orang ketiga, tetapi itu semua Lumrah kehidupan yang kita jalani.. Kita harus bersabar dengan dugaan yang kita hadapi dan bertawakal kepada-Nya.  Di sebalik wajah yang ceria itu tersimpan seribu kelukaan dalam hati dan kehidupannya tetapi aku tetap tabah sebab Allah suka menguji umatnya sejauh mana dia boleh bertahan dan pada siapa kita akan mengadu. ini semua CERITA TENTANG DHIA.. 

Kenapa?


kenapa aku yg kau sakiti aku,
apa kesalahan aku sampai kau buat aku bergini,
silap aku kah?
siapa aku di hati kau?
siapa aku di mata kau?
dan kenapa aku seorang saja yang merasainya?
kenapa??????
hati aku terguris kau tahu tak,aku ingin mencari tempat mengadu,
tapi pada siapa harus aku mengadu,
aku tiada tempat untuk mengadu, siapa yang ingin mendengar nya?
siapa? boleh kau bagi tahu kat aku tak?
tiada siapa yang ingin mendengar nya?? kau tahu kew?
sekarang aku tak tahu apa yang aku telah lakukan,
adakah salah aku, adakah aku yang melebih?
adakah aku yang sengaja cari tempat untuk bermanja?
aku tak tahu semua  itu?
dan aku tak tahu apa yang aku lakukan ini BETUL atau pun TIDAK...
aku hanya mampu berdoa pada yang Satu yaitu Tuhan Yang Maha Esa...
aku inginkan tempat mengadu...
 ='( ..........
Tiap kali ku fikir, tiada guna bersedih 
Rakan-rakan katakan buang masa ku cintai 
Dikau punca pedihku, tiada baik darimu 
Tiada langsung yang benar dalam ungkapan bibirmu

Kenapa harus ku bercinta 
Kenapa ku begini 
Kenapa harus ku tanggung semua 
Kenapa harus ku bercinta 
Kenapa ku percaya 
Kenapa aku diperbodoh kasih..


KotaK hati 1010


Kisah pada suatu malam yang tidak dirancang aku telah bertemu dengan seorang gadis yang dia sendiri mahu berjumpa aku, niat di hati aku cuma ingin berkawan dengan dia tapi tidak sangka boleh menjadi lain. Pada malam itu dia mengajak aku keluar makan bersamanya aku pergi tak ku sangka dia seorang yang suka keluar lewat malam sehingga pagi. tapi itu semua silap aku, aku yang nak sangat keluar pada malam itu, aku tak salahkan dia itu kehendak aku. Hari demi hari aku berjumpa dengan dia dan kalanya aku tidak berjumpa dengan dia, dia memberitahu aku bahawa dia sangat suka kan aku, menyayangi aku, aku terkejut dengan apa yang dia katakan, berat rasa dihati untuk aku terima semua itu sayangnya aku berjanji dengan dia yang aku akan terima dia seadanya sedangkan hati aku tiada apa-apa perasaan terhadap dia. Tetapi aku pula yang sanggup terima dia seadanya, aku memainkan perasaan dia sedangkan aku sendiri telah memberitahunya yang aku tidak dapat untuk bercinta lagi kerana pintu hati aku sudah tertutup kerana di permainkan oleh seorang gadis (kekaksih yang tak di anggap) dia mendengar semua apa yang aku kata kan, dia tetap berdegil untuk menyayangi aku (adakah itu semua salah aku) aku cuba lari daripada dia tetapi ada sesuatu yang membuat aku tidak boleh lari daripada dia . yaitu sikapnya (yang aku sendiri tidak menyangka pada diri dia). Apa yang dapat aku lakukan sekarang hanya lah berdoa semoga dia selamat diatas muka bumi ini..Dan kini aku telah membuat keputusan tidak lagi berhubung dengan dia, aku hanya inginkan kau bahagia , aku selalu mengingati kau, walaupun aku sendiri tidak tahu khabar kau sekarang , aku selalu doakan kau yang terbaik di atas muka bumi ini (selagi aku hidup selagi itu aku mampu berdoa untuk kau (SAYANG) .. be your LOVE <3 (maafkan aku , aku tidak dapat membahagiakan kau sebab aku tak mampu lakukan lagi , aku cuma insan yang lemah yang takut pada keadaan dan kesetiaan pada diri ini..)

only can remind you in our memorize 

KoTaK HaTi

Maafkan ku :-

Perkataan MAAF memang mudah untuk kita ungkapkan tetapi -

- Tetapi untuk kita menerima kemaafan sesorang itu dan bukan mudah untuk kita menerima hakikat yang telah apa dia lakukan pada kita....

Tanyalar pada mata hati kita untuk merima kemaafan seseorang itu atau pun tidak , sedangkan Nabi ampun kan UmatNya lagikan Manusia kan.. 

- tetapi setiap Insan tidak lepas dari membuat kesilapan dalam hidup mereka , tapi aku masih dapat rasakan keragu pada diriku.


Kita bisa memiliki hati seseorang-cintanya dan tubuhnya-tetapi kita takkan pernah bisa memiliki jalan hidupnya




~ Maaf kerana Aku Meninggalkan mu
~ Maaf kerana Aku Kecewakan mu
~ Maaf kerana Aku bukan terbaik untuk mu
~ Maaf kerana Aku mengingkari janji mu
~ Maaf kerana Aku menyakiti Hati mu
~ Maaf kerana Aku tidak dapat memenuhi permintaan mu
~ Maaf kerana Aku tak dapat mengembirakan mu
~ Maaf kerana Aku tidak Bisa memiliki mu untuk selamanya
~ Maafkan aku atas kekurang Pada DIRIKU..

Kerana Allah yang menentukan hidup kita , Kita hanya mampu merancang untuk Hidup bersama yang tersayang..

[-__-] KoTaK HaTi [+_+]


Tersiksa I :-

- Adakah aku salah memisahkan mereka, itu sangat memilukan bagi seseorang yang pernah dia sayangi..adakah aku telah melakukan silap yang besar???? adakah aku yang salah.. atau dirinya??? mungkin salah aku begitu besar bagi aku, memutuskan silaturahim antara mama dan dia, dia dan kekasihnya.. berat bagi aku kerana itu melibatkan diri aku dengan kejahat di muka bumi ini ,bagi aku ini semua ada hikmah sebalik apa yang aku lakukan.. Ya Allah adakah ini silap bagi Insan yang pernah mempermainkan perasaan orang dan tidak pernah menghargai orang yang menyangi aku?? aku takut untuk menghadapi semua yang pernah berlaku dalam diri aku yang jahat ini. hampir setiap minit aku memikirkan apa yang telah aku lakukan... dengan senyuman akan ku pastikan suatu hari nanti kau akan bersamanya hingga akhir hayat mu sayang ku.. n_n


GIRL : awak , kite nak bgtau awk sesuatu .
BOY : ye awak , ape die ckp lah .
GIRL : Ex kite dtg balik nakkan kite . urmm .
BOY : hah ?? emm , awak masih cintakan dia ke wak ?
GIRL : Entah . tapi dia datang dulu sebelum awak . Awk rasa apa patut kite wat ek wak ?
BOY : kalau awk masih sygkn dia , awak pergi lah pada dia .

GIRL : Awak x cemburu ke ? Awak tak marah ?
BOY : (tunduk dgn nada suara yang sayu2) Buat apa kite nak marah awak . Mungkin dia boleh jaga awak dgn sempurna.. Kite tahu kalau betul awk sygkan kite , takkan ada orang lain boley rampas awak dari kite . ( tunduk lalu setitis air mata jatuh membasahi bumi )
GIRL : (terdiam terpaku dgn kata2 kekasihnya) wak , awak . dengarlah sini . pandang lah kite . kite tak inginkan yang lain , kite janji cinta kite hnya untuk awak. (lalu mengesat airmata si kekasihnya)

Moral : Janganlah menguji tahap kecemburuan seorang lelaki , kerana ianya akan terpendam sehingga menitiskan air mata . Air mata bg lelaki amat bermakna , tp ianya akan tewas jika hatinya dilukai dan tak dihargai :)



Terseksa II :-
- Kenapa semua ini berlaku terlalu cepat, aku takut untuk hadapi nya lagi.. baru saja bergaduh besar seminggu sebelum Ramadan kini ianya berlaku lagi, belum sempat hati ini sembuh dari LUKA yang sangat besar dan pada awal Syawal aku bergaduh lagi dengan seseorang insan yang sangat menyayangi aku lebih dari dirinya.. aku tak tahu apa yang aku buat sampaikan insan ini boleh menyayangi aku dengan cepat dan mencintai aku dengan raga dia.. aku hanya insan biasa, mungkin dia lihat aku berbeza dengan lelaki lain di luar sana.. Dan jika dia betul dia menyayangi aku dia perlu memahami aku, mendengar kata aku, walaupun aku sendiri yang membuat silap pada diri aku.. Sebenarnya aku belum bersedia lagi untuk melalui kisah CINTA dan MENYAYANGI ini kerana aku sering di sakiti orang orang aku sayang, LUKA di HATI belum dapat memulihkan aku untuk menyayangi seseorang itu, walaupun aku sangat menyayangi orang yang pernah aku sayang..

(pada orang aku sayang belum tentu sayang aku pada korang akan hilang pada diri aku ini kerana aku sangat menyayangi kau, hati kecil aku ini tidak pernah ada rasa hilang untuk menyayangi korang) 


jika bnar kau kasih & cintakan wanita itu~bawalah dy ke jlan allah
~nasihatilah dy
~perbetulkan kesilapannya
~jaga lh dy dengan baik
~kasihanilah dy
~berilah ksih syang padanya
~hargailah dia
~ucapkan terima ksih atas kelebihannya
~bersabar dengannya
~terimalah dan cinta lah kekurangan nya
~jadi imam terbaik &redhalah padanya
moga dy menunggumu di syurga! Insyaallah <3





Sebuah cerita untuk renungan bersama

Name aku Amir.. Aku de sorg awek.. Sorg??? huhu.. Awek aku ni mmg lawa giler r!! Sbb die lawa tu r aku ngn membe2 aku berebut.. Nasib aku baik la, aku dpt jugak die....memandangkan aku ni pun kategori org yg handsome.. hahaha..

OOPS! lupe! Name awek aku ni Nadia.. Kitorg x same kampung tp satu sekolah.. Satu hari ni aku dpt twrn smbung blajar kt satu IPTA ni.. Awek aku pn dpt.. Alhamdulillah result SPM kitorg cemerlang walaupun aku pun x percaye boleh dpt 7A.. Hahaha.. Tp mmg giler r.. Walaupun kos yg ditawarkn same, tp aku terlambung kt utara n die lak kt Selatan..

Die ni kuat jeles tu jgn ckp laa.. hidup aku dia yg aturkan.. selama aku satu sekolah dulu, jgn hrp la aku nk kuwa ngn membe2 perempuan aku.. Jgnkn kuwa same, pndg pun x boleh.. Kdg2 aku rimas jugak ngn die.. T aku ckp byk ngn die, mau die marah2 then merajuk.. Benci tul aku.. Aku tau die sygggg sgt2 kt aku. Aku tau die mmg x lyn mane2 lelaki yg cube usyar line die.. Kdg2 aku bengang jugak if ade lelaki yg hntr2 msj kt die walaupun die x reply..

Tp sebenarnye aku ade sorokkan sumthing drp die.. Disebabkan kitorg pun da terpisah jauh, aku mule la nk test market kt utara ni.. Jahatkn? Aku rase bebas!!! Aku pn rase die mcm tu jgk kot.. Yelah, die kn lawa.. Msti r ramai jantan usyar die.. Disebabkan aku nk menutup perasaan prasangka yg buruk2 tu, aku mula r berkawan ngn ramai perempuan kat sini.. Setiap kali org tanye status aku, mesti aku jwb aku single.. Aku selalu kuwa ngn member2 perempuan aku kat sini.. Mmg lagak cm org single.. 

Aku selalu teringatkan die time aku tgh berfoya2.. Bile wktu mlm sebelum tidur, msti die yg call aku.. Aku? Kdg2 kot.. Tp aku syg sgt kt die.. Aku ckp kt die, membe2 aku kt sini semuanye jantan.. Die ckp die pun same.. Sebelum kitorg end call mst die cerita2 kenangan kami bersama.. Die selalu ckp, "kalau sy da x de baru awk leh gatal dgn perempuan lain".. Kdg2 aku mrh die sbb die ckp yg bukan2 walaupun hakikatnya aku mmg da menggatal da pun.. Kdg2 aku selalu jgk create pergaduhan ngn die.. byk kali die nangis time gaduh2 ngn aku.. pernah tu aku tertengking dia.. kesian die......... 

"SAYA SAYANG AWAK! SAYA NAK AWAK!"
Tibe2 aku terkejut drp lamunan.. Rupa2nye member perempuan aku, Tiqah.. Aku pn dgn bangang aku terima..
Mase duit PTPTN kuwa, aku beli sebijik henpon lg. Satu henpon khas tok msj Nadia, satu g utk Tiqah.. Dlm tempoh aku belajar kt sini, mcm2 tipu aku wat.. Aku tipu dua2 perempuan tu.. Tp hati aku tetap sygkn Nadia.. Mungkin sbb jauh, perasaan tu kdg2 bercampur.. Tiqah pn mcm Nadia.. Sejak aku couple ngn minah ni, aku dah x kuwa ngn member2 perempuan lain.. semuanya kembali mcm mase aku ngan Nadia dulu.. Aku terasa bersalah sgt.. 

Tp dlm mase yg same aku just nk hilangkan perasaan bosan sorg2 kat sini.. "Kalau la Nadia tau.." Kdg2 aku terfikir nk berterus-terang.. Tp aku x berani.. Kalau dulu aku tidur pukul 1.30, sekarang ni pkul 3.30 kdg2 pkul 4.. Yelah sbb nk gayut dgn dua2.. Semua org x tahu siapa aku sebenarnya walaupun roomate aku sendiri.. Setiap kali aku balik kampung, Nadia x balik.. Yelah.. U dgn sekolah mane same.. Cuti lain2.. Cume ade sekali tu kitorg dpt cuti same2.. Cuti raye kn.. Time aku jumpa ngn Nadia, aku sorokkan henpon satu lg tu kat rumah.. Nadia makin lawa! Berseri2.. Mane2 lelaki tgok gerenti r cair ni.. Nadia ckp cinta die hanya utk aku.. 

Selama die berpisah dgn aku, die semakin rindu, semakin syg n cintakn aku.. Utk hilang rase camtu, die habiskan mase dgn belajar.. Kdg2 die ckp belajar smpai tau2 da mlm.. Die happy sbb hati aku masih x berubah utk dia sorang.. ERR! aku terasa bersalah sgt.. "Kalau sy da x de, baru awk leh gatal dgn perempuan len tau!" ckp die sambil tergelak2.. Perkataan tu da berjuta kali kot die sebut.. Aku tgok muke die yg lembut tu.. Die bersuara, kalau habis belajar, die nk aku ikat die sebagai tunang.. Pastu die nk kami kerja, kumpul duit byk2 n kahwin then sambung belajar lg.. Beria2 die menceritakan impian die kt aku...

Permainan aku berlarutan sehingga sem yg ke 4...
Pada satu hari ni aku g makan ngn Tiqah mcm biasa... Heboh kampus aku jd tuan rumah untuk satu pertandingan perbahasan antara IPTA. Kebetulan hari ni ulangtahun ke 3 aku ngan Nadia.. Mcm biase aku g mkn ngn Tiqah kt cafe.. Mase Tiqah tgh ambil lauk, aku terniat hati nk cek msj die.. Terhenti jantung aku, berlambak2 msj sorang jantan yg bersayang2 kt inbox dia.. Aku pn angin r.. Mase Tiqah duduk, aku soal2 dia smpai menangis minah tu.. Sebelum ni x terniat pulak aku nk cek.. Tiqah ckp die ttp sygkn aku.. 

Aku pun mula terfikirkn Nadia.. Tibe2 ade sekumpulan awek dtg kat meja aku time2 gini la pulak.. X lame pastu aku nmpk Nadia.. Aku menelan air liur.. Rupe2nye, Nadia ambil bahagian dalam pertandingan tu.. Bila Tiqah nmpk ramai2 awek tu dtg kt aku, pelik r die.. N dgn kuasa Allah, semua terbongkar pada saat tu.. N Tiqah sendiri mengaku yg dielah awek aku kt depan Nadia.. Aku tgok Nadia menangis.. Die x bercakap sepatah haram perkataan pun.. Cume die berikan aku sekotak hadiah ulangtahun kami sebelum dia tinggalkn aku.. Aku terus putuskan hubungan aku ngn Tiqah.. Mase aku balik hostel, puas aku call Nadia.. Aku hntr msj berlambak2 kt die.. die x reply pn... Aku sedar, die dah benci aku..

Rupanya Nadia masih menerima aku.. Aku happy sgt2.. Aku berjanji x nk kecewakn die lg.. 2 minggu kejadian itu berlalu.. Org2 sekeliling aku mula menjauhkan diri daripada aku.. Nk2 yg member2 perempuan aku la.. Aku dah x kesah da.. Aku dah berubah.. Aku cuma nk dapatkn keputusan yg cemerlang sampai time akhir sem nanti. Aku nk dptkn kerja baik2.. Apa2 pun aku nk ikat Nadia dulu.. 

Kdg2 aku berasa malu sgt kt Nadia nk2 bila teringatkn mak ayah dia.. Nasib baik die x pergi report kat mak n ayah dia.. hehe.. Dlm tgh syok2 berangan sambil membelek2 kemeja baru hadiah ulangtahun daripadanya mase hari kejadian tu, tibe2 aku dpt msj drpd member Nadia.. "Nadia eksiden!" Ermm.. Hati aku tibe2 jd x sedap.. Msj kedua drp member die smpai lg.. Terasa panas muka aku bile bace msj tu.. "Nadia da X DE.. Die kne langgar ngan kereta mase lintas jln.." Mcm org gila pas aku bace msj tu.. Aku ambil keputusan balik kejap kampung walaupun terpaksa ponteng kelas..

Aku rase kosong.. Kosong sgt.. Teringat gelak tawa die, teringat suara die, muke die yg lawa tu.. Aku menangis dlm bas.. Aku x peduli ngn org2 yg pndg aku.. Kali ni aku betul2 menyalahkan diri aku.. Semua kenangan aku ngan Nadia bermain dlm kepala aku.. Aku xmampu menahan perasaan sedih ni.. Berulang kali aku bace msj terakhir Nadia mlm td.. "Awk, sy nk tido.. Mcm biase, sy sygkn awk utk selamanye walaupun awk da lukekn ati sy, sy maafkn... 

Tp ingat! Kalau sy x de baru awk leh gatal ngn perempuan len tau! Hehe.. Nk mrh la tu.. Sy leb awk! Sweet dreamz.." Ya Allah! Kuatkn hatiku ni.. Semasa aku sampai, jenazahnya belum tiba lagi.. Ye.. Aku pun terus mencoretkan kisah ini.. Semoga menjadi pengajaran kt korang.. Air mata aku berguguran sepanjang mencoretkan kisah ni.. Tapi aku tau, Nadia x kn kembali da.. X de lg msj Nadia, panggilan Nadia.. X de dah ungkapan "kalau sy x de" tu dah..

Teman2.. Aku mintak sedekahkanlah fatihah utk nya.. Mungkin ada yg memperlekehkn kisah aku ni.. Tp bg aku, inilah kisah yg plg bermakna utk aku.. Utk selamanya aku menyayangi kau, Nurul Nadia bt Zainarruddin..
Mungkin kejap lagi jenazahnya tiba.. Aku nk bersiap2 utk beri penghormatan terakhir buat die yg aku sygi.. Sememangnya cinta die utk aku shgga akhir nafasnya... Aku mampu merelakan pemergiannya... Tabahkn hatiku Ya Allah.... -Al Fatihah..... 

~kita akan lebih menghargai seseorang bila kita dah kehilangan dia.sy pernah terbaca komen seseorang di fb..."jgn tinggalkan org yg syg kita sbb org yg kita syg"...menarik kan??kita akan lebih bahagia bila kita bersama org yg syg pd kita berbanding jika kita bersama dgn org yg kita syg.sbb org yg kita syg belum tentu menyayangi kita seikhlas hatinya.sifat saling mempercayai,setia,jujur,saling menghormati amat penting dlm relationship.bila ada yg syg,hargai dia setulusnya.jgn menyesal kemudian hari...~

JANGAN MAIN BANYAK ~ NANTY DAH KEHILANGAN BARU NAK MENYESAL !

Dalam Fikiran KU......

Hari ini….
banyak benda yang aku fikirkan eammm….
Terlalu sukar untuk aku meluahkannya ,
kenapa aku sukar sangat bercakap pada orang yang belum pernah aku jumpa 
sebelum ini....
haha bila rasa nak tegur memang susah lar takut kalau-kalau dia dah ada PAKWE

- Dalam kepala aku Cuma fikir macam mana aku nak ajar adik-adik aku jadi lebih baik lebih rajin untuk diri mereka
(adik) dan juga dalam rumah , 
kadang-kadang 
tu aku tersenyum kesorangan kerana aku tak tahu  ,
bagaiamana untuk mengajar mereka (adik) untuk jadi baik….

Cakap pasal tersenyum sorang-sorang ini hahaha .. kenangan yang membuat aku tersenyum teringat apa yang aku lakukan 
--sambil aku mengelengkan kepala ku {yang belum pernah aku lakukan dan juga yang pernah aku lakukan , tak kira lar bersama teman (kawan-kawan) mahu pun teman istimewa} .. hanya kenangan yang mampu membuat aku tersenyum..
Kalau kawan-kawan dan teman istimewa hanya pada waktu sahaja yang membuat kita ketawa riang tetapi selepas itu 
kita akan termenung seketika kerana kita memikirkan apa yang kita buat selepas lakukan…..(mungkin korang tahu apa yang bermain di fikiran kan)

Keogaan aku menjadikan aku lebih fahami bila aku tahu apa erti seorang abang yang bertanggungjawab (bukan sekadar ibubapa aku saja untuk mendidik mereka untuk jadi baik) untuk menjaga mendidik mereka untuk jadi seorang yang lebih baik dari aku (abg). [mesti korang tak paham kana pa yang aku kata kan , taka pa nanti korang akan paham suatu ketika nanti]…
Nak jadi lebih baik senang saja korang mesti jadi diri sendiri ..
Sebelum itu korang {aku tahu ada jenis orang kuat syaiko , mengata , anggap korang nie HOT lar kan} tapi sebelum korang nak SOUND orang baik KAMU cermin diri kamu dulu lar sama ada kamu itu betul sangat ke…

{kadang-kadang  
tu aku heran lar ada jugak orang macam ini dekat dunia ini WALAUPUN aku tahu dunia ini semakin maju tapi kepala masih [kosong] baik korang banyak-banyakkan beramal ibadah sebab (aku di dunia ini hidup kerana allah dan Dhia telah mengajar aku tentang hidup di dunia yang nyata dugaan di dunia ini) kalau korang rasa korang lebih baik dari aku …
Aku hormat korang sebagai sahabat dan insan yang pernah aku kenal….
{aku kalau cakap , cakap lepas harap korang tak kesah sebab aku bukan jenis yang suka simpan perasaan huhuhu….
tersenyum aku bila kenang apa yang aku tulis dan percakapan aku hahahaha…}

+ mungkin CERITA ini ada sambungannya kalau nak tahu jenguk-jenguk lar ye.... 
[kalau hidup biar jadi diri sendiri] 

Selalunya Orang Yang kita SAYANG....

Selalunya orang yang kita sayang,
suka membuatkan kita dalam keadaan teruji.

Selalunya orang yang kita sayang,
suka membuatkan kita terkeliru.

Selalunya orang yang kita sayang,
suka membuatkan kita terluka.

Selalunya orang yang kita sayang,
suka membuatkan kita terkilan.

Selalunya orang yang kita sayang,
suka membuatkan tahap kesabaran kita
menipis.

Dan selalunya orang yang kita sayang,
suka membuatkan ianya hadir
bila memerlukan dan pergi tanpa
meninggalkan pesan...

Dan kita terpaksa melepaskan orang yang kita
sayang..kerana kita sayangkannya..
kerana kita terlalu amat menyayanginya..

Dan kita pinta perpisahan kerana kita tak mampu..
untuk membenci dirinya..
kerana dia sentiasa berada dalam hati kita..
walaupun dia yang paling banyak mencalarkannya...

Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita dan org yang kita sayang..
semoga kita semua mendapat rahmat dariNya...