Memahami Bukan Di Fahami


Kita sendiri belum tentu tahu apa yang akan berlaku pada keesokan harinya.. 

Tentang diri aku yang tak pernah siapa tahu melainkan aku yang memberitahu sendiri kepada insan yang rapat atau pun kepada keluarga aku. Setiap manusia ada masalah sendiri, tapi sama ada besar atau kecil masalah mereka kita tidak tahu. tiada manusia yang sempurna dalam hidupnya melainkan dia tahu apa erti KESEMPURNAAN itu, dalam hidup ini kita harus bersikap lebih positif kerana itu lebih membantu kita untuk jadi lebih baik ,jangan terlalu memburuk sangka pada orang lain. dan setiap apa yang kita lakukan itu mungkin bersebab, tiada apa yang mustahil dalam hidup ini. Jika seseorang itu mempunyai kisah silam yang amat teruk mahu pun yang gelap, belum tentu masa depan dia gelap, dengan caru berusaha dan keyakinan diri kita mungkin akan berjaya suatu hari nanti, lambat atau cepat itu ketentuan dari yang Maha Esa. Kita hanya mampu bertawakal untuk diri kita sendiri. Cinta, dugaan, kesakitan mengajar kita erti kehidupan yang lebih baik untuk diri kita sendiri. terlalu banyak yang kita lalui, tetapi jangan mudah untuk kita mengalah untuk membangkitkan diri menjadi lebih baik daripada yang dulu. Gelak tawa ,senyum mesra itu semua ada kebaikannya tersendiri kadang-kadang apa yang kita laluinya itu semua kehidupan kita yang rasa bahagia bersama orang yang tersayang mahu pun keluarga, itu menjadi lebih baik bila kita bersama mereka.
Apa matlamat hidup korang semua..
Apa yang kita kejar sebenarnya..
Apa yang kita mencari sebenarnya..
Apa yang kita buat sebenarnya..
kita sendiri tidak tahu apa yang akan berlalu pada masa seterusnya, sebab itu ketentuanNya kita hanya menjalani kehidupan yang diberi olehNya. Bersyukur lar pada apa yang kita pernah memiliki dan apa yang kita pernah hadapi dalam hidup. hidup ini jangan terlalu bongkak apa yang kita pernah ada, kerana itu bukan milik kita selamanya, Dia hanya meminjamkan kepada kita hanya seketika. Dunia yang maju sekarang ini belum tentu amal ibadat kita cukup untuk yang Maha Esa. Saya hanya mengingati kepada kawan-kawan, tak salah untuk saya melakukan semua ini kerana saya juga insan yang lemah, tidak sempurna dan fikirlah apa yang akan berlaku pada diri kita selama ini. =')

#Untuk Disember 2012 ini sampai disini sahaja saya mampu meluahkan apa yang tersirat dalam hati dan kehidupan ini, jika ada tersilap tutur kata maafkan lar saya dan jika ada umur yang panjang saya akan tulis lagi apa yang pernah kita semua lalui.. 
Jangan membenci seseorang tanpa sebab, itu akan memakan diri kita sendiri.
*cuba memahami bukan di fahami.. =') 

No comments: