Kehidupan kita..


Tahun baru 2013 ,dunia sekarang sememangnya Maju dari segala bentuk,teknologi dan lain-lain. Tapi kita perlu tahu juga Dunia ini hanya sementara, Dunia Akhirat juga kita perlu Kejar dan Kuatkan, jangan pernah kita lupakan semua itu. Walaupun macam-macam kita mencipta AZAM BARU ,ada yang tercapai ada yang tidak tercapai, kehidupan itu perlu kita lakukan seperti biasa dan tak salah untuk kita mengejar apa yang kita nak capai tapi kita jangan lupa pada Tuhan yang Maha-Esa untuk melaksanakan perintahNya. Doa untuk kita ,untuk semua dan segalanya di Muka Bumi ini. Jangan kita terlalu mengejar populariti dan menjanjung pada orang yang TERKENAL, Sanjung lar Nabi kita dan Tuhan yang Satu.


MERDEKA! 31/8/13
Merdeka apa ertinya bagi kawan-kawan, Merdeka bagi kita kerana kita telah bebas dari jajahan orang luar, tetapi kita hanya tahu MERDEKA, kita tidak pernah tahu siapa yang mempertahankan Malaya (nama sebelum MALAYSIA) ,jangan kita pernah lalai dengan kesenangan di muka bumi ini. Pernah kah kita tahu semua yang pernah kita lalui pada zaman dahulu? ,kita hanya tahu SEJARAH hidup di muka bumi ini. Kawan-kawan nak ke NEGARA kita ini di jajah oleh Orang Luar? duduk di bawah jajahan Mereka, ikut perintah Mereka? ,pernah kah kawan-kawan fikir masa depan NEGARA atau pun MASA DEPAN kawan-kawan? Kita perlu sedar bahawa Malaysia Negara ke-lapan yang terAMAN. Terpulang pada kawan-kawan untuk memikirkan masa depan NEGARA dan MASA DEPAN kawan-kawan. Saya hanya mengingatkan untuk kawan-kawan.

#Ini hidupan sementara Akhirat Kelak Tempat Kita. 


Memahami Bukan Di Fahami


Kita sendiri belum tentu tahu apa yang akan berlaku pada keesokan harinya.. 

Tentang diri aku yang tak pernah siapa tahu melainkan aku yang memberitahu sendiri kepada insan yang rapat atau pun kepada keluarga aku. Setiap manusia ada masalah sendiri, tapi sama ada besar atau kecil masalah mereka kita tidak tahu. tiada manusia yang sempurna dalam hidupnya melainkan dia tahu apa erti KESEMPURNAAN itu, dalam hidup ini kita harus bersikap lebih positif kerana itu lebih membantu kita untuk jadi lebih baik ,jangan terlalu memburuk sangka pada orang lain. dan setiap apa yang kita lakukan itu mungkin bersebab, tiada apa yang mustahil dalam hidup ini. Jika seseorang itu mempunyai kisah silam yang amat teruk mahu pun yang gelap, belum tentu masa depan dia gelap, dengan caru berusaha dan keyakinan diri kita mungkin akan berjaya suatu hari nanti, lambat atau cepat itu ketentuan dari yang Maha Esa. Kita hanya mampu bertawakal untuk diri kita sendiri. Cinta, dugaan, kesakitan mengajar kita erti kehidupan yang lebih baik untuk diri kita sendiri. terlalu banyak yang kita lalui, tetapi jangan mudah untuk kita mengalah untuk membangkitkan diri menjadi lebih baik daripada yang dulu. Gelak tawa ,senyum mesra itu semua ada kebaikannya tersendiri kadang-kadang apa yang kita laluinya itu semua kehidupan kita yang rasa bahagia bersama orang yang tersayang mahu pun keluarga, itu menjadi lebih baik bila kita bersama mereka.
Apa matlamat hidup korang semua..
Apa yang kita kejar sebenarnya..
Apa yang kita mencari sebenarnya..
Apa yang kita buat sebenarnya..
kita sendiri tidak tahu apa yang akan berlalu pada masa seterusnya, sebab itu ketentuanNya kita hanya menjalani kehidupan yang diberi olehNya. Bersyukur lar pada apa yang kita pernah memiliki dan apa yang kita pernah hadapi dalam hidup. hidup ini jangan terlalu bongkak apa yang kita pernah ada, kerana itu bukan milik kita selamanya, Dia hanya meminjamkan kepada kita hanya seketika. Dunia yang maju sekarang ini belum tentu amal ibadat kita cukup untuk yang Maha Esa. Saya hanya mengingati kepada kawan-kawan, tak salah untuk saya melakukan semua ini kerana saya juga insan yang lemah, tidak sempurna dan fikirlah apa yang akan berlaku pada diri kita selama ini. =')

#Untuk Disember 2012 ini sampai disini sahaja saya mampu meluahkan apa yang tersirat dalam hati dan kehidupan ini, jika ada tersilap tutur kata maafkan lar saya dan jika ada umur yang panjang saya akan tulis lagi apa yang pernah kita semua lalui.. 
Jangan membenci seseorang tanpa sebab, itu akan memakan diri kita sendiri.
*cuba memahami bukan di fahami.. =')